DIY Tutorial Patchwork & Quilting : Fridge Cover (Lapik peti sejuk)

>> 23 June 2015

Salam Ramadhan

DIY Tutorial hari ni mungkin yang terakhir untuk siri set kelengkapan boria dapur saya. Terakhir sebab seminggu Ramadhan nak hampir habis, now kene cepat2 start projek menjahit baru pulak - nak buat table runner (termasuk tv runner, cabinet runner dan macam2 runner lagi). Lepas tu nak buat kuih pulak. Lepas tu nak start projek untuk my little pumpkin pulak. Hm..tinggi cita-cita - moga Allah memberi kemudahan kepada saya. 
set boria yang dah siap

DIY yang di maksudkan adalah untuk membuat fridge cover - atau nama kampungannya - lapik peti sejuk.

Oleh kerana banyak teknik patch dan quilting telah saya tulis dalam tutorial2 lepas, tutorial kali ni saya buat dengan lebih ringkas ya.
 
foto demo
 Ok jom mulakan

1. Mula2 tu ukur la saiz peti sejuk. Nak lebar dan labuh mana. Nak design macammana. Nak compartment / poket banyak mana. Nak patch bahagian mana.
Untuk projek ini, saya memilih untuk patch dan quilt bahagian poket aje. Untuk "badan" cover, quilt sahaja. Nampak kertas putih kat sebelah kiri tu? Tu blueprint - lakaran, ukuran dan detail untuk projek jahitan ini.



2. Mulakan dengan bahagian poket.
Siapkan patchwork seperti rajah di bawah. Saya buat 2 set sbb poket ada di kiri dan kanan fridge.



3. Jahitkan renda pada



4. Jahitkan pita kun.


5. Jahitkan kepingan memanjang terakhir seperti dalam rajah


6. Bindkan dengan kun - Poket dah siap


 7. Beralih ke bahagian "badan"
Potong top, backing dan batting secukupnya


 8. Proses meng" quilt"
Seperti biasa, jahit kasar2 menggunakan tangan dahulu untuk melekatkan ketiga2 lapisan


9. Quiltkan dengan jahitan lurus - tegak dan melintang menghasilkan corak kotak-kotak


10. Pegi semula ke bahagian poket yang dah siap.
Potong batting dan backing fabrik secukupnya
Seperti biasa, pin kan dulu. Jahit tangan kasar2 dulu untuk melekatkan patchwork, batting dan backing


11. Poket dan badan dan siap.
Temukan kesemuanya seperti rajah dibawah


12. Jahitkan kedua2 poket kepada badan itu. Dah siap, jahitkan pita kun di sekelilingnya


13.Akhir sekali, jahitkan "compartment" poket, ikut suka nak besar mana - saya jahit 2 poket besar dan 1 poket untuk letak pen untuk setiap satu.


14.  Tada..dah siap


15. Demo lagi.  kertas2 tu catatan resepi, antaranya mee kungfu :)


16. Selamat mencuba

8 comments:

Unknown 1 November 2015 at 08:38  

Cantik..kemas...rajinnya....saya sdg bina semangat nak buat quilt

Jahitjahitan 12 December 2015 at 16:45  

Masa semangat tgh terbakar membara tu cepat2lah buat :-)

Kuazue Mohamad 25 December 2015 at 16:53  

wah.. terima kasih atas tutorial.
salam kenal yer

Lilyleannaa 28 December 2015 at 11:15  

Hi Macam mne nk contact awak yea nk order

SIHATCOMMEY 14 February 2016 at 11:19  

cantik..puan, ade buat kelas tutorial di terengganu tak?

http://sihatcommey.blogspot.com/

Jahitjahitan 20 February 2016 at 22:05  

Maaf, buat masa ni tak ambil order dan tak buat kelas :-)

Hashimah 28 April 2016 at 19:59  

Salam...akak nak tanya kat mana ye nak beli batting tu

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP