DIY Tutorial Patchwork & Quilting : Oven mitt

>> 16 June 2015

Assalamualaikum

Bersambung lagi dengan Tutorial DIY seterusnya. Menggunakan teknik patchwork dan quilting yang mudah dan cepat untuk dihasilkan. Tapi kali ini saya buat oven mitt pulak. Oven mitt tu apa? - sila lah lihat gambar yang di tampal di bawah.




Nak dekat2 raya ni kan, tentunya Ms Oven ni akan berasap semula. Tahun ni tak tahu lah samada mampu untuk mengasapkannya sebab my little pumpkin is growing, so mama kene conserve energy :)



Apa pun, kita penuhkan show room biar sedondon dengan pot holder yang baru kita hasilkan semalam. Biar tak berasap, asalkan bergaya :)


Ok tanpa membuang masa, mari lah bermula

1. Pola
a. Buat pola oven mitt ni. Pakai A4 pun bole
b. Lepas tu design sendiri lah patchwork yang nak di buat. Saya cuma buat garisan random jer, membahagikan oven mitt ni kepada 4 bahagian.
c. Lepas tu decide la nak pakai fabrik apa. Saya buat berselang di antara merah kosong dengan bercorak - kalau zoom boleh nampak lakaran bunga = fabrik bercorak ( foto bawah)
d. Lepas tu potong pola ni ikut garisan2 tu



2. Sediakan fabrik - ikut seperti rajah. Sediakan 2 set. *sebaiknya, tak payah potong ikut pola, just potong je fabrik ni 4 segi, nanti reshape balik, itu lebih mudah. Saya potong ikut shape sebab nak jimat fabrik :)



3. Sediakan fabrik untuk backing. Saya gunakan kain belacu aje. Potong oversize sikit pun tak pe. 2 set jugga



4. Sediakan batting. Sukahati nak letak berapa lapis. Sebab saya right handed, yang set sebelah kanan saya buat 3 lapis. Yang kiri 2 lapis. Ok now set fabrik kita dah lengkap



5. Patch
a. cantumkan fabrik dari step 2 ikut pelan pola
b. rajah di bawah  adalah haasil patchwork kita

 

6. Quilting.
a. Susun semua fabrik mengikut turutan - belacu (bawah) - batting (tengah) dan patchwork (atas)
b. Pin kan kesemuanya atau bole jahit tangan juga untuk memegang ketiga lapisan ini untuk sementara
c. Jahitkan - ikut garisan biru dalam rajah di bawah




7. Reshape
a. Lukis balik pola asal pada hasil jahitan * pola yang telah di potong tadi saya gam kan semula
b. Trim batting ikut shape pola itu * trim kedalam sikit, agar nanti masa step 8, tak perlu jahit tebal2 sangat.



8. Temukan kedua nya, dan jahit dari sebelah dalam. Tinggalkan sikit bahagian bawah dalam 3 inci dan jahitkan binding menggunakan fabrik merah kosong. Macammana nak sediakan fabrik dan jahit untuk binding? Sila rujuk di sini - lihat step 14 dan 18.

* jangan lupa lepas cantumkan trim sikit untuk kekemasan, terutama bahagian yang curvy itu



9. Siap. 

 Ok selamat mencuba


0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP